Peti Ais untuk Karipap Pusar Kluang |
Alhamdulillah, petang tadi kami selamat membeli Peti Ais tambahan untuk penyimpanan Karipap Pusar Kluang ini.
Sebelum ini peti ais yang ada kecil sedikit dari yang ini. Disebabkan itu, kami tidak dapat menyediakan lebihan stok selain dari tempahan.
Kini, pihak kami dalam proses menyediakan stok yang mencukupi untuk mereka yang hendak datang ambil karipap pusar frozen 'on the spot' tanpa perlu menempah lebih awal.
Tambahan pula, proses pembekuan karipap ini perlu dilakukan dengan teliti. Jika tidak, kualiti karipap pusar frozen itu nanti tidak begitu baik.
Bukan sahaja setakat pastri yang perlu dijaga, malah inti juga.
Mudah-mudahan, semua yang dirancang dipermudahkan oleh-Nya. Amin... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan