Khamis, 5 Mac 2015

Cara mengoreng Karipap Pusar

Karipap Pusar bersama Kopi O... Pergh!

Bayangkan... makan karipap pusar sambil minum kopi o panas. Pergh, sangat menyelerakan!

Cara mengoreng karipap pusar ini tak sama seperti karipap biasa.

Kalau karipap biasa minyak tak boleh panas sangat nanti ia mengerutu dan gelembung-gelembung permukaan karipap tu.. tapi sebaliknya karipap pusar pula kena goreng dalam minyak yang betul-betul panas supaya karipap ni cantik kejadiannya.

Api tidak boleh terlalu kecil nanti karipap ni akan serap minyak yang banyak dan buatkan kita muak bila menikmatinya.

Goreng hingga ia kuning keemasan, kemudian angkat dan letakkan atas tisu dapur supaya minyaknya di serap.

Kemudian bolehlah dihidangkan panas-panas.


*Gambar oleh peminat karipap pusar dari Mr google.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan