Jumaat, 2 Jun 2017

Projek Karipap Mini Raya

Karipap Mini Serunding Ikan

Biasanya kita dengar Projek Kad Raya, kan? Kali ini, kami buat Projek Karipap Mini Raya pula.

Anda beli karipap mini dari kami, kami boleh poskan Karipap Mini Serunding Ikan ini ke mana-mana alamat tempat yang hendak dihantar.

Stok Karipap Mini Serunding Ikan sentiasa ada. 
Ada yang hendak bersedekah tetapi tidak mahu dikenali, pun boleh guna cara ini. Mudah, bukan?

Tempahan terbuka hari-hari.

Jangan bimbang, tidak akan pecah kerana dibalut dengan bubble wrap.

Karipap Mini Serunding Ikan dibalut dengan bubble wrap.

Bukti penghantaran akan ditunjukkan kepada pembeli nanti.

Boleh whatsapp/ telegram di 012-2536918.
Untuk mudah, tekan sahaja link ini http://www.wasap.my/60122536918 akan terus ke whatsapp saya.


Nota: Karipap Mini Serunding Ikan ini buatan asli dari Terengganu. Sepeket ada 100 biji, harga RM30. Kos poslaju RM7.


Rabu, 24 Mei 2017

Karipap Mini Serunding Ikan

Karipap Mini Serunding Ikan

Assalammualaikum kepada semua peminat karipap!

Sudah lama, pihak kami menyepi di sini. Menyepi itu, bukan bermakna pihak kami sudah hentikan pembuatan karipap ini. Tempahan masih berjalan melalui pelanggan-pelanggan yang masih setia menempah Karipap Pusar Frozen.

Cuma, pihak kami menutup tempahan sepanjang bulan Ramadan sehingga Hari Raya Aidilfitri.

Untuk makluman, ada pembaharuan dari segi harga sekarang ini. Maklumlah kos bahan meningkat.

Harga terkini bagi Karipap Pusar Frozen ialah RM4 untuk sepeket (ada sepuluh keping).

Ada satu lagi pengumuman!

Pihak kami ada menjual Karipap Mini Serunding Ikan sepanjang bulan Ramadan ini dan bulan seterusnya. Mudah. Boleh pos ke mana-mana sahaja.

Tempahan untuk Karipap Mini Serunding Ikan ini dijual oleh anak Pn. Ita iaitu Dell. Boleh hubungi beliau melalui whatsapp/ telegram di talian 012-2536918.

Isnin, 15 Ogos 2016

KISAH KUIH 50 SEN.

"Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3," kata Nora.
"Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?" tanya makcik itu.
"50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?" tanya Nora secara berseloroh. "Bolehlah, saya tambah lagi satu biji."
Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.
"50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik," jawab makcik itu.
"Ye ke ni cik?" tanya Nora semula.
"Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana," jawab makcik.
Makcik itu menghulurkan beg plastik kuning berisi 6 biji kuih itu kepada Nora.
"Adik agak pukul berapa makcik start buat kuih tu?" tanya makcik itu.
"Tengahari, dalam jam 11 macam tu," agak Nora.
"Makcik buat seorang, dari pukul 10 pagi," jawab Makcik tu. "Dalam pukul 3.30 dah kena siap semua, pukul 4 makcik dah ada dekat sini bukak gerai, selalunya dalam 6.30 makcik dah kena tutup, sebab anak-anak nak balik sekolah," beritahu makcik itu.
"Sekarang pukul berapa ni dik?" tanya makcik itu lagi kepada Nora.
"5 suku," jawab Nora.
"Adik pelanggan kedua makcik hari ni," jawab makcik itu. "Berapa ringgit makcik untung jualan atas adik? RM1, RM1.20."
Nora diam sahaja.
"Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga," kata makcik itu sambil mengangkat jari. "Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20."
Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.
"Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat," beritahu makcik tu. "Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?"
"Sejam lebih," agak Nora lagi. "Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?"
Makcik itu merenung muka Nora.
"Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu," jawab makcik itu. "Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. "
Makcik itu menyusun bekas-bekas kuih yang ada, "tapi maaflah dik takut adik terasa, makcik nak kata, orang Melayu kita sekarang ni pelik dik."
Nora terdiam tertanya-tanya. "Pelik macam mana tu Cik?"
"Orang kita makan donut sebijik RM3 tak apa, sushi sebijik RM2 tak apa, tapi bila cerita pasal kuih tepi jalan, 50 sen sebiji, mahal," Makcik itu senyum.
Nora terdiam lagi.
"Adik pernah cuba buat kuih orang kita?" tanya makcik itu tiba-tiba.
"Tak pernah lagi, kuih bahulu ada la saya cuba buat masa raya dulu," jawab Nora.
"Berapa sen adik rasa berbaloi nak jual kuih bahulu sebiji yang adik buat dari mula sampai siap?" tanya makcik tu.
Nora hanya diam. Terkenang penat dan lenguh tangannya memukul telur.
"Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah," kata makcik itu. "Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada."
Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.
"Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua," kata makcik tu.
"Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik?" tanya makcik tu.
"Kalau makcik mati nanti, anak-anak makcik semua dah tak mau buat kuih. Yang perempuan pun tak minat nak belajar macam mana, nanti-nanti takkan la semua orang Melayu nak makan sushi dengan donut aje hari-hari?" Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora.
"Eh, makcik, ni kan duit kuih saya," kata Nora.
"Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan," jawab makcik itu.
"Kenapa pula makcik?" tanya Nora kehairanan.
"Sebab kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita," jawab makcik itu.
"Saya mampu makcik," balas Nora.
"50 sen sebiji adik kata mahal, tak mampu lah tu," kata makcik itu tersenyum, ikhlas.

Selasa, 24 Mac 2015

Revolusi Karipap Pusar Kluang?

Revolusi Karipap Pusar Kluang?

Revolusi Karipap Pusar Kluang kerana GST?

Jangan bimbang... Karipap Pusar Kluang tidak berevolusi seperti di dalam gambar. wink emoticon

Meh pm kami untuk merasa kerapuhan Karipap Pusar Kluang ini.

***Kredit gambar dari http://cerolian.blogspot.com/
 

Khamis, 19 Mac 2015

Ranking pertama dalam pencarian ketika Google "Karipap Pusar"!

Ranking pertama ketika Google "Karipap Pusar".
Alhamdulillah... Keadaan ini memudahkan para peminat karipap yang menggunakan Google, akses terus ke FB Karipap Pusar Kluang. :)

Testimonial Peminat-peminat Karipap Pusar Kluang 2



Alhamdulillah... pihak kami terasa sangat gembira melihat peminat-peminat karipap sangat berpuas hati dengan Karipap Pusar Kluang ini.

Kata-kata mereka ini memberi semangat kepada kami agar menambah bilangan jualan Karipap Pusar Kluang untuk para peminat karipap.

Walaupun demikian, kami sangat menjaga kualiti Karipap Pusar Kluang. Insya-Allah.

Testimonial Peminat-peminat Karipap Pusar Kluang 2

Testimonial Peminat-peminat Karipap Pusar Kluang 2


Testimonial Peminat-peminat Karipap Pusar Kluang 2


Testimonial Peminat-peminat Karipap Pusar Kluang 2

Testimonial Peminat-peminat Karipap Pusar Kluang 2

Isnin, 16 Mac 2015

Tempat Penyimpanan Karipap Pusar Kluang

Peti Ais untuk Karipap Pusar Kluang

Alhamdulillah, petang tadi kami selamat membeli Peti Ais tambahan untuk penyimpanan Karipap Pusar Kluang ini. 

Sebelum ini peti ais yang ada kecil sedikit dari yang ini. Disebabkan itu, kami tidak dapat menyediakan lebihan stok selain dari tempahan.

Kini, pihak kami dalam proses menyediakan stok yang mencukupi untuk mereka yang hendak datang ambil karipap pusar frozen 'on the spot' tanpa perlu menempah lebih awal.

Tambahan pula, proses pembekuan karipap ini perlu dilakukan dengan teliti. Jika tidak, kualiti karipap pusar frozen itu nanti tidak begitu baik.

Bukan sahaja setakat pastri yang perlu dijaga, malah inti juga.

Mudah-mudahan, semua yang dirancang dipermudahkan oleh-Nya. Amin... :)


Terdapat ralat dalam alat ini