Jumaat, 6 Mac 2015

Dari Sebiji Karipap Tersembunyi Sebuah Cinta.

Meh baca kisah karipap yang ini pula... 

Namaku Rozaiman tapi terkenal dengan panggilan Man Karipap.
Ini kisah benar cintaku semasa di bangku sekolah dahulu.
Teringat lagi masa sekolah dulu sewaktu tingkatan 4. Pertama kali ingin merasai cinta. Aku kenal dengan seorang gadis yang comel, lemah lembut, berkaca mata, bibir bak angelina jolie hehehe... Suzana namanya. Mulanya memang aku tak perasan kehadirannya dalam hidupku.

Kisah kuih karipap bermula semasa kami ada aktiviti ko-kurikulum. Setiap kali habis koko, kami akan berjumpa. Permulaanya bila aku berjumpa dengannya, dia mesti akan belikan aku sebiji karipap untuk dia dan sebiji lagi untuk aku. Tanpa berfikir panjang aku terus ambil dan kami berborak mesra dan semakin sayang. Akupun tak tahu kenapa kami tidak bercinta saja masa tu. 

Hari berganti hari, aku minat pada seorang gadis. Suraya namanya. Yang lebih jujur dan berterus terang untuk menyukaiku... aku mintak hubungan serius dan dia setuju tetapi Suzana tak tahu pasal semua ini. 

Dan pada hari terakhir aku jumpa dia, seperti biasa dia akan memberikan aku sebiji kuih karipap tetapi kali ni aku menolaknya walaupun dipaksa untuk terima. Aku tak sedar lagi maksud apa ada pada sebiji karipap tu. 

Habis SPM Suzana terus hilang dalam hidupku, terakhir aku dengar khabar pun dari kad raya yang dia pos untuk aku sebab guna alamat rumah lama aku.

Hari berganti hari, aku putus cinta dengan Suraya kerana alasan yang tak masuk akal yang diberinya terus mengecewakanku. 

Setelah hampir 5 tahun berlalu, aku terjumpa dengan kawan-kawan sekolah di facebook. Kami berborak-borak panjang, ada la salah seorang kawanku bagitau yang Suzana memang sukakan aku. 

Teringat balik kisah aku dengan Suzana dan Karipap.

Barulah aku sedar kesilapanku yang rupa-rupanya setiap kali dia bagi aku kuih karipap tu ada maksudnya tersendiri. 

Setiap kali kuih karipap diberi bermaksud "do you love me?" dan aku akan menerima bermaksud "i do".

Tapi kali terakhir Suzana bagi aku sebiji karipap tu... DO YOU LOVE ME? dan aku silap lalu MENOLAKNYA!!!!!!!! 

Dan mungkin kerana itulah, kini aku terus sendirian dan terus bersendiri sehingga kini.....


Nota : 
Dah nama blog pun jual karipap... segala jenis kisah mestilah tentang karipap juga... tak gitu? ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan