Jumaat, 6 Mac 2015

Kisah Karipap Gemuk-gemuk?

KISAH KARIPAP - kisah lawak sebelum azan maghrib... hihihi...

Perut lapar, aku pandang bungkusan kuaci yang berselerak tepi tilam. Nak kurus la konon makan kuaci malam malam, tapi tak juga mengecil perut ni. Silap silap minggu depan aku bangun pagi dengan tubuh badan seekor hamster.

Tiba tiba tingkap bilik diketuk kuat. Aku bangun selak langsir, entah siapa ketuk tingkap bilik malam malam begini. Rupa rupanya seorang makcik memakai baju kurung kedah putih dengan selendang kuning sambil mengendong sebakul penuh karipap gemuk gemuk. 

Karipap Gemuk-gemuk?
Dik, karipap dik? tanya makcik tersebut. Aku pandang karipap gemuk gemuk dalam bakul merahnya dengan penuh minat. Aku buka tingkap, ni karipap inti apa ni? Makcik tersebut tersentak, tak takut ke makcik ke nak? Tengok muka makcik ni, tak takut? Aku pandang muka makcik itu, tarik nafas dalam dalam dan berkata,

Makcik, makcik, makcik. Sebenarnya memang saya perasan yang muka makcik dah reput, malah ada ulat yang bergantungan di pipi makcik. Saya juga perasan yang kaki makcik tak kelihatan. Dan saya juga perasan, yang cerita makcik jual karipap ketuk pintu bilik malam malam ini juga adalah satu cerita hantu yang klise. Saya perasan semua tu, tapi ada beberapa benda yang makcik tak perasan tentang saya.

Makcik tersebut garu kepala, apa yang makcik tak perasan?

Saya seorang lelaki yang baru lepas putus cinta makcik. Tak percaya tengok dada saya. Makcik perasan tak dada saya? Dada saya ni makcik, berlubang. Tak ada organ organ yang menjalankan fungsi fungsi vital seperti jantung, paru paru dan hati. Nampak tak? hati pun tak ada makcik. Jadi makcik, secara logiknya, kalau sekarang saya tidak ada hati untuk untuk mengawal aras glukosa dalam darah, menyahtoksik bahan bahan beracun dalam badan dan untuk melayan perkara perkara yang berlaku disekeliling saya, makcik rasa saya ada hati untuk takut kepada makcik?

Makcik karipap geleng geleng kepala. Aku tersenyum, terus sambung soal - so ni karipap ni kira macam mana? Seringgit dapat empat ke seringgit dapat tiga?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan