Ahad, 15 Mac 2015

Teringin Hendak Buat Karipap Pusar Tetapi Banyak 'Step'?

Banyaknya step nak buat karipap pusar!

Teringin hendak buat Karipap Pusar. Google lihat resepi.

Alahai... banyaknya step nak kena buat!

Kelim karipap pula tak pandai!

Google lagi...

Eh eh... terjumpa blog dan facebook Karipap Pusar Kluang.

Karipapnya nampak rapuh dan harga berpatutan.

Apalagi terus order!

Terus boleh ambil lalu goreng.

Mudah!

Dapur pun tak bersepah.

Perut pun kenyang. wink emoticon

Nak order? PM saja di sini. 

Klik-klik ---> Karipap Pusar Kluang
smile emoticon

Isnin, 9 Mac 2015

Karipap Pusar Kluang Bakar

Karipap Pusar Kluang Bakar

Alhamdulillah... ada salah seorang peminat karipap masak Karipap Pusar Kluang Frozen dengan bakar di dalam oven.

Testimonial Karipap Pusar Kluang Bakar
Baik untuk diet katanya. Katanya lagi,

"Masih rangup lagi. Kalau bakar lagi lama, lagi rangup. Saya bakar 20- 25 minit, api atas bawah, suhu 200 darjah celcius. Maybe sebab oven saya oven lama, suhu kena tinggi sikit. Kalau oven baru mungkin 150 darjah celcius je."

"Dia jadi cantek sangat macam currypuff yang kat The Coffee Bean & Starbucks tu. Hehehe..."

"Dorang kan bakar, kan? Pastrinya sedap sis. Selalunya karipap pusing, pastri cepat hancur. Tapi karipap ni, tak pon. Sedap lg ade."

Alhamdulillah... Kami sendiri belum pernah cuba bakar Karipap Pusar Kluang ini.

Moga-moga dengan testimonial ini membantu peminat karipap lain mencuba! :)

Testimonial Peminat-peminat Karipap Pusar Kluang


Alhamdulillah... tiada yang dapat menggembirakan hati kami apabila peminat-peminat karipap sangat berpuas hati dengan Karipap Pusar Kluang. 

Terharu... (ambil tisu sambil mengelap air mata)

Hihihi...

Terima kasih kerana sudi menempah Karipap Pusar Kluang! :)

Testimonial Karipap Pusar Kluang
Testimonial Karipap Pusar Kluang
Testimonial Karipap Pusar Kluang
Testimonial Karipap Pusar Kluang
Testimonial Karipap Pusar Kluang

Ahad, 8 Mac 2015

Goreng Karipap Pusar waktu Lewat Malam

Pekena Karipap Pusar dengan Teh O Panas... Pergh!

Hari semakin lewat malam. Mata tak boleh lelap. Perut mulai berkeroncong. Jemu pula asyik makan megi.

Buka peti ais, terjumpa karipap pusar frozen. Apalagi terus goreng.

Aroma karipap pusar panas menusuk-nusuk ke dalam hidung.

Makan pula dengan teh o panas.

Fuhhh... terasa hilang kedinginan malam.

Hendak Karipap Pusar Kluang Frozen?



*Gambar oleh peminat karipap pusar dari Mr google.

Sabtu, 7 Mac 2015

Resepi Karipap-karipap Cinta

Karipap-karipap Cinta

Apakah Resipi Karipap Karipap Cinta?

3 ulas rasa suka. 
1 botol hati gembira. 
1 biji rendah diri. 
2 cawan tolak ansur. 
5 keping kehormatan. 
Secubit rasa rindu. 
3 batang tanggungjawab, dipotong halus. 
3 bekas cita-cita. 
10 guni kejujuran (diayak untuk membuang kata dusta).

Ramuan diadun dengan ilmu dan akal. Masukkan dalam kuali persahabatan, tunggu sehingga masak. Setelah masak, hidangkan bersama yang tersayang. Selamat mencuba.

-Filem Karipap-karipap Cinta-

Jumaat, 6 Mac 2015

Dari Sebiji Karipap Tersembunyi Sebuah Cinta.

Meh baca kisah karipap yang ini pula... 

Namaku Rozaiman tapi terkenal dengan panggilan Man Karipap.
Ini kisah benar cintaku semasa di bangku sekolah dahulu.
Teringat lagi masa sekolah dulu sewaktu tingkatan 4. Pertama kali ingin merasai cinta. Aku kenal dengan seorang gadis yang comel, lemah lembut, berkaca mata, bibir bak angelina jolie hehehe... Suzana namanya. Mulanya memang aku tak perasan kehadirannya dalam hidupku.

Kisah kuih karipap bermula semasa kami ada aktiviti ko-kurikulum. Setiap kali habis koko, kami akan berjumpa. Permulaanya bila aku berjumpa dengannya, dia mesti akan belikan aku sebiji karipap untuk dia dan sebiji lagi untuk aku. Tanpa berfikir panjang aku terus ambil dan kami berborak mesra dan semakin sayang. Akupun tak tahu kenapa kami tidak bercinta saja masa tu. 

Hari berganti hari, aku minat pada seorang gadis. Suraya namanya. Yang lebih jujur dan berterus terang untuk menyukaiku... aku mintak hubungan serius dan dia setuju tetapi Suzana tak tahu pasal semua ini. 

Dan pada hari terakhir aku jumpa dia, seperti biasa dia akan memberikan aku sebiji kuih karipap tetapi kali ni aku menolaknya walaupun dipaksa untuk terima. Aku tak sedar lagi maksud apa ada pada sebiji karipap tu. 

Habis SPM Suzana terus hilang dalam hidupku, terakhir aku dengar khabar pun dari kad raya yang dia pos untuk aku sebab guna alamat rumah lama aku.

Hari berganti hari, aku putus cinta dengan Suraya kerana alasan yang tak masuk akal yang diberinya terus mengecewakanku. 

Setelah hampir 5 tahun berlalu, aku terjumpa dengan kawan-kawan sekolah di facebook. Kami berborak-borak panjang, ada la salah seorang kawanku bagitau yang Suzana memang sukakan aku. 

Teringat balik kisah aku dengan Suzana dan Karipap.

Barulah aku sedar kesilapanku yang rupa-rupanya setiap kali dia bagi aku kuih karipap tu ada maksudnya tersendiri. 

Setiap kali kuih karipap diberi bermaksud "do you love me?" dan aku akan menerima bermaksud "i do".

Tapi kali terakhir Suzana bagi aku sebiji karipap tu... DO YOU LOVE ME? dan aku silap lalu MENOLAKNYA!!!!!!!! 

Dan mungkin kerana itulah, kini aku terus sendirian dan terus bersendiri sehingga kini.....


Nota : 
Dah nama blog pun jual karipap... segala jenis kisah mestilah tentang karipap juga... tak gitu? ;)

Kepingin Alat Pemotong Serba Guna!


Tempahan yang banyak memerlukan pihak kami mencari alternatif untuk melajukan momentum pembuatan Karipap Pusar Kluang. 

Sangat berminat dengan alat ini. Sekurang-kurangnya jimat tenaga untuk satu bahagian. Kerana tenaga yang satu lagi perlu disalurkan ke bahagian MENGELIM karipap pula!

Apa itu KELIM karipap? Ini dia....


Kelim bukan boleh semberono. Nanti karipap akan kelihatan seperti Karipap Hantu Kak Limah la pula! 

Bukan mudah hendak menyiapkan tempahan Karipap Pusar Kluang ini. 

Hendak lagi mudah?

Beli sahaja Karipap Pusar Kluang melalui kami. 

Ambil handphone kemudian tekan nombor 012-7219264.

Beritahu tempahan dan kami akan buatkan.

Mudah, bukan? ;)